Ahad, 3 November 2019

'Essential Oil' kegemaranku...




Assalam dan selamat petang untuk semua pengunjung blog sis. Syukur alhamdulillah kepada yang maha Agung kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Syukur juga kerana Allah memberi peluang untuk sis berkongsi penulisan yang pertama di blog ini untuk perkongsian kita semua. Apa yang sis nak berkongsi disini pada penulisan yang pertama ini adalah berkaitan ESSENTIAL OIL ataupun MINYAK PATI TULEN. 

Uollss pernah menggunakan ESSENTIAL OIL? Atau memang pengguna tegar minyak si hitam cute ni? Atau ada ramai yang tak tahu tentang wujudnya ESSENTIAL OIL dan khasiatnya?🤔🤔🤔
🧐
Jom kita study sikit apa itu ESSENTIAL OIL, bagi yg masih belum tahu.

ESSENTIAL OIL@ MINYAK PATI@ MINYAK TULEN (EO) adalah cecair aromatik yang diperoleh daripada buah, biji, bunga, kulit, batang, akar, daun atau bahagian lain dari tumbuhan. Dianggarkan 10,000 tumbuhan aromatik (iaitu mengandung minyak pati) di bumi, dan kira-kira 500 diolah secara komersil untuk pengekstrakan minyak essential. Minyak ini telah digunakan berabad lamanya untuk kedua-dua manfaat iaitu penyembuhan dan juga aromatik
Sis memang pengguna minyak pati ni sejak 2016, tapi tidaklah pengguna yang begitu tegar pun. Kadang-kadang pakai kadang-kadang lupa, kadang-kadang malas plak nak sediakan bancuhan minyak tersebut. Huhu. Tapi selalunya kalau berkaitan penyakit pada anak, sis akan usahakan juga la prepare minyak tersebut. Agak banyak juga sis punya koleksi EO. Semua tu mempunyai tujuan penggunaan yang berbeza. Ada bermacam-macam jenis minyak dengan aroma yang berbeza dan juga khasiatnya yang berbeza. Sukatan penggunaan juga berbeza mengikut umur. Ia juga sangat digalakkan dicampur dengan CARRIER OIL sebelum digunakan pada kulit bagi mengelakkan kesan sampingan terutamanya pada kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai kulit sensitif, dan bagi mengelakkan iritasi pada kulit. Sesetengah pengeluar EO tidak menggalakkan penggunaan kepada ibu mengandung dan bayi dibawah umur 12 bulan. 
EO bukan sahaja untuk disapu pada kulit bagi merawat jangkitan kuman, tetapi ia juga boleh diwapkan didalam DIFFUSER bagi tujuan pencegahan jangkitan,perawatan dan juga aromatherapi.
Setiap EO ada tujuan penggunaannya. Selalunya sis akan gunakan EO ni kalau sis dan famili demam, selsema, batuk, ada sebarang jangkitan kulit, jerawat, merawat kelemumur, kulit kering, nak kasi anak tidur lebih awal (sebab anak-anak sis memang jenis tidur lambat). Kalau nak kasi anak-anak bersemangat ke sekolah pun ada EO yang sesuai digunakan. Stress? Moody? EO dapat juga membantu uolls dengan menghidu aromatherapy daripada diffuser, so uolss akan merasa tenang setenangnya. Nak lagi tenang, banyakkan baca ayat quran n zikir la uollss ye. Hehe. 
Sis ingat lagi masa anak ke-4 sis berusia kurang 1 tahun, dia kerap selsema dan pernah telinga dia bernanah. Dua kali selsema dua kali juga telinga dia keluar nanah. apabila berjumpa doktor, doktor cakap ini biasa bagi sebilangan kanak-kanak disebabkan saluran telinga dalam tidak tertutup sepenuhnya. Menurut doktor ia akan normal secara semulajadi seiring kanak-kanak membesar. Tapikan uolls sis ni tidak berpuas hati dan cuba mencari alternatif lain bagi merawat telinga anak dari keluar nanah yang busuk. Sis risau takut nanah akan berterusan keluar sehingga dewasa. So sis pun study la tentang EO yang sesuai untuk merawat telinga bernanah ni.  Google punya google katanya clove oil dapat merawat masalah ni. Kebetulan dalam koleksi EO sis ni ada clove oil. So sis cuba menggunakan EO CLOVE OIL di bancuh dengan CARRIER OIL dalam dos yang amat rendah dan disapu dibahagian luar telinga anak. Rasanya dalam sekali sehari selama 3 hari sis buat. Alhamdulillah selepas itu telinga anak tidak lagi mengeluarkan nanah walaupun dia selesema. Syukur.
Banyak lagi manfaatnya EO ni uollss. Tapi...jangan sesuka hati beli EO ye kalau yang belum biasa tu. Tak semua EO kat pasaran tu adalah 100% tulen tau uolls. Sesetengahnya bukan 100% tulen, cuma mempunyai kesan aromatherapi dan tiada kesan penyembuhan. Dan lebih teruk lagi tiada apa-apa kesan pun malah membahayakan badan kita.
Sekadar perkongsian...sis pengguna brand PLANT THERAPY dari US. DIFFUSER pun sis order dari sana. Ini pun setelah dikenalpasti ia memang ori dan harga lebih berpatutan. Pada penulisan sis yang akan datang, sis akan ceritakan apa EO yang sis biasa pakai, kegunaan dan dos bancuhan EO tersebut. Sebelum sis berundur diri, kat sini sis belanja uolss gambar koleksi EO yang sis gunakan dari tahun 2016.
Sekian.


#WITHLOVE😍
#PLANTTHERAPY



Tiada ulasan:

Catat Ulasan