Jumaat, 8 November 2019

ANTARA PENYEBAB HAUS BERLEBIHAN











Rasa dahaga berlebihan sepanjang hari? Lihat sebab-sebab ini mengapa anda sentiasa terbayangkan minuman...(terutama kepada pesakit dialisis)


1. Ambil garam berlebihan didalam diet seharian



                                        Hasil carian imej untuk high salt diet


Garam menarik air keluar dari sel-sel dan memaksa badan untuk memulihara sebanyak mungkin air, sebab itulah anda buang air kecil apabila anda mengambil terlalu banyak garam. Sel-sel yang kehilangan air menghantar mesej kimia ke otak meminta lebih banyak air, dan anda mula merasa dahaga yang berlebihan. Hadkan pengambilan garam anda dan pastikan anda minum air yang mencukupi. 


2. Aktiviti senaman (jogging)

  


Hasil carian imej untuk jogging

 "Anda perlu minum lebih banyak pada hari-hari ketika anda berkeringat," kata Peter Mayock, MD, pengarah perubatan Klinik Dewasa Barat di Pusat Kesihatan Keluarga Erie di Chicago. Apabila anda bersenam, anda kehilangan cecair melalui peluh, dan jika anda tidak menggantikan cecair itu, anda mungkin akan mengalami dahaga yang berlebihan, dan pastinya anda akan minum dengan berlebihan. Pastikan aktiviti joging seawal pagi semasa sang matahari belum lagi tinggi. Bawa bekalan air berais didalam termos tahan sejuk, dan hirup ais sedikit apabila merasa dahaga. Dr. Mayock berkata, mendengar pada badan anda. Ambil sekadar yang diperlukan badan. Jangan tunggu sehingga terlalu dahaga untuk meneguk minuman, kerana semasa anda sudah terlalu dahaga, anda akan meneguk dengan banyak.


3. Berada di bawah matahari terlalu lama



Hasil carian imej untuk under the sun

Apabila musim panas tiba, anda menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah, sama ada di taman, di pantai, atau di halaman rumah anda. Walaupun anda tidak berlari, anda masih boleh menjadi kering, terutamanya dibawah terik matahari. Cuba elakkan berada dibawah terik matahari. Jika anda tahu anda akan berada di luar sepanjang hari, pastikan anda membawa bekal air sejuk berais didalam termos tahan sejuk. Meneguk air sejuk atau berais dapat mengurangkan rasa panas dan dahaga yang berlebihan.


4. Anda mungkin pengidap Diabetes



Hasil carian imej untuk diabetic patient


Tahap glukosa yang tinggi menyebabkan buah pinggang anda perlu menghasilkan lebih banyak air kencing untuk membantu melepaskan glukosa daripada badan anda. Ini boleh membuatkan anda berasa haus kerana otak anda memberitahu anda untuk minum lebih banyak bagi menampung cecair yang telah hilang. Kebanyakan pesakit menunjukkan tiga tanda diabetes iaitu dahaga berlebihan, kencing yang berlebihan, dan penglihatan kabur. Jika anda mengalami ketiga-tiga, berbincanglah dengan doktor anda.


5. Anda mungkin mempunyai 'xerostomia', atau mulut kering



Hasil carian imej untuk xerostomia


Ada beberapa keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan mulut kering, kata Dr. Mayock. Penyebab umum mulut kering termasuk merokok atau mengambil ganja, tekanan perasaan yang kronik, kebimbangan, atau hanya penuaan. Apabila kelenjar air liur di dalam mulut tidak menghasilkan air liur yang cukup, anda mungkin merasa perlu minum lebih banyak air untuk menyingkirkan rasa tersebut. Hentikan merokok, kawal tekanan anda. Jika anda merasakan mulut kering berterusan, berjumpalah dengan doktor anda untuk rawatan lanjut. 


6.  Anda mungkin Anaemia



                                            Hasil carian imej untuk anemia causes of thirsty

Tubuh anda bergantung pada sel darah yang sihat untuk membawa darah ke seluruh tubuh. Anemia ringan biasanya tidak akan menyebabkan dahaga yang berlebihan, tetapi jika anda mengalami anemia teruk, anda mungkin merasa dahaga dan juga pening dan berpeluh. Pastikan hemoglobin anda tidak terlalu rendah. Dapatkan nasihat doktor dan jururawat jika anda menghadapi masalah anemia.

7. Ubatan anda mengeringkan anda



Hasil carian imej untuk diuretic medication


 "Terdapat beberapa ubat yang boleh menyebabkan mulut kering," kata Dr. Mayock. Sebagai contoh, antihistamin, antidepresan tertentu dan agen diuretik. Sekali lagi, berbincanglah dengan doktor jika anda merasakan dahaga anda disebabkan ubatan tersebut. 


8Makanan terlalu pedas dan panas

Hasil carian imej untuk hot and spicy


Makanan pedas dan panas boleh mengembangkan salur darah dibawah permukaan kulit, menjadikan ia berasa lebih hangat, dan anda memerlukan air minuman bagi menyejukkan badan. Kurangkan pengambilan makanan terlalu pedas dan panas.


9. Pemakanan tinggi protein



Hasil carian imej untuk high protein diet

 Sekiranya anda sedang menjalani diet protein yang tinggi, kemungkinan anda akan mengalami dahaga yang berlebihan. Apabila mengambil makanan tinggi protein, tubuh menggunakan lebih banyak air untuk memetabolismakan nitrogen secara semulajadi didalam protein, menyebabkan sel-sel akan kehilangan kandungan air dengan ketara, sehingga membuat anda merasa dahaga dan dehidrasi. Jadi, berpadalah dalam pengambilan protein, terutamanya pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan